Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Kesibukan dunia
memang tidak akan pernah surut. Selepas satu perihal selesai, datang pulak
perihal baru yang perlu diselesaikan. Selesai yang satu itu, datang lagi yang
baru. Begitulah aturan kehidupan manusia sepanjang hidupnya bermula semenjak
dilahirkan sehingga akhir hayatnya ada sahaja urusan yang perlu diselesaikan
satu persatu. Tapi jangan dilupakan urusan akhirat.
Kita lihat
Malaysia hari ini. Apa yang dah jadi pada rakyatnya? Cemerlang akademik tapi sahsiahnya tidak
secemerlang akademik. Sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting
untuk membangunkan bangsa Malaysia. Sebab itu perlunya jurutera bangsa. Siapa
jurutera bangsa tu? Mana ada kos Kejuruteraan Bangsa, yang ada hanyalah
Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, dan sebagainya.
Jurutera Bangsa
itu merujuk kepada GURU.Sangat mulia tugas seorang guru kan. Hargailah guru
yang mengajar kita menulis dan membaca.
Sejak bila
pendidikan itu perlu dimulakan??
Pendidikan
anak-anak itu perlu bermula sebelum pertemuan si ibu dan ayah. Bak kata
Lukmanul Hakim, "aku mendidik anak-anakku 20 tahun sebelum mereka
dilahirkan". Makna kata, kita perlu mendidik diri kita sendiri sebelum
bersedia untuk menikahi seseorang yang akan menjadi ayah atau ibu kepada
anak-anak kita.
Pendidikan awal
kanak-kanak itu sangat penting, kerana anak-anak kecil hari ini adalah pemimpin
pada masa akan datang. Jika kita membiarkan mereka tanpa asuhan yang betul,
bagaimana negara ini dengan generasi baru yang hancur pendidikan keagamaan
walaupun sangat hebat akademiknya. Sila renungkan untuk kesejahteraan bersama.
Pada 10 Mac 2012
yang lepas, saya berpeluang ke Seminar Motivasi dan Kerjaya Pendidik Awal
Kanak-kanak yang diadakan di Universiti Malaya. Penceramah yang dijemput adalah
bukan calang-calang orang. Semuanya hebat-hebat dalam bidang masing-masing.
Perkongsian oleh
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pakar Psikologi Kanak-kanak yang mengatakan
bahawa perlu ada beberapa kriteria untuk menjadi Instruktor Kanak-kanak. Beliau
seorang yang sangat hebat dan beliau merupakan salah seorang idola saya dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak. Beliau antara insan yang banyak membantu
saya untuk menjadi seperti saya sekarang ini dalam bidang Pendidikan Awal
Kanak-kanak.
Perkongsian Puan
Mahanom, Presiden Persatuan Taska Selangor yang telah berkecimpung dalam dunia
pendidikan awal kanak-kanak hampir 30 tahun memulakan bidang ini hanya kerana
kasihankan anak jiran ditinggalkan sendirian di rumah bersama pembantu rumah.
Jadi beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatan sebagai akauntan
demi niatnya nak menjaga anak-anak dan memberikan pendidikan kepada anak-anak
masih kecil. Bukan sahaja anaknya sendiri malahan anak orang lain juga. Begitu
mulia hatinya.
Perkongsian oleh
CR Syuharul, seorang kaunselor berdaftar yang berkhidmat dengan MARA yang
mengatakan bahawa beliau sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya yang masih
kecil. Taska yang keempat baru sesuai dengan kehendaknya. Beliau sangat berpuas
hati kerana pada usia anaknya yang 3 tahun (masih kecil) sesetengah ibu bapa
menganggap apa sahajalah yang boleh dilakukan oleh anak pada usia begitu.
Tetapi yang mengkagumkan anaknya sudah boleh membaca surah-surah dalam solat
dan boleh melakukan pergerakan dalam solat dengan baik. Subhanallah. Pendidikan
seperti itu yang kita mahukan yang perlu kita terapkan dalam jiwa setiap
kanak-kanak bermula dari kecil supaya menjadi insan yang berguna apabila mereka
besar kelak.
Perkongsian Puan
Jamilah, seorang ibu hebat yang boleh mendidik anak-anak menjadi anak yang
hebat. Beliau selalu mendapat motivasi daripada insan-insan kurang upaya. Kata
beliau, kalau kita nak berjaya kita lihatlah insan kurang upaya yang mampu
berjaya lebih daripada kita, jangan kita lihat insan yang sudah berjaya yang
mempunyai banyak kelebihan daripada kita. Lihatlah orang yang kurang daripada
kita tetapi kejayaan mereka lebih daripada kita.
Seminar tersebut
meninggalkan banyak kesan di hati saya. Bukan mudah nak jadi seorang yang
berjaya kerana banyak liku yang perlu kita tempuhi sebelum kita menjadi insan
hebat itu. Segala-galanya bermula dari pendidikan awal yang diberikan semenjak
berada di rumah, dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak, dihantar ke tadika, ke
sekolah rendah, ke sekolah menengah dan seterusnya melanjutkan pengajian ke
peringkat tinggi. Ditambah perencah rasa dalam kehidupan. Susah senang itu
perlu ditempuhi untuk menjadikan kita mukmin profesional. :-)
Semua itu adalah
proses untuk berjaya. Yang penting usaha dan doa.
MO kata : JANGAN
BERPUTUS ASA. Mungkin pada ketika kita hampir berputus asa itu kejayaan itu
hanya tinggal sejengkal di hadapan kita untuk kita capai.
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment