Hari ini saya akan berkongsi sedikit info cara-cara
mempromosikan perniagaan tadika kepada rakan-rakan saya. Memandangkan kita sudah
memasuki bulan-bulan mempromosikan tadika, maka amat penting sekali untuk kita
mula mengambil langkah dan berusaha giat melakukan promosi / pengiklanan.
Anda boleh menggunakan cara-cara seperti berikut bagi
mempromosikan tadika:-
- phamplet / brosur
- banner / bunting
- name card / kad nama
- menulis artikel pendek di akhbar atau majalah
- signboard / papan tanda
- website / laman web
- hebahan di radio
- sponsorship / penajaan
- lain-lain
Jangan lupa meletakan maklumat penting tentang tadika anda
seperti nama tadika, alamat, peta lokasi dan nombor talifon untuk membolehkan
orang ramai menghubungi anda.
Selain dari itu, anda juga boleh meletakkan ‘ayat-ayat
power’ seperti mengapa ibubapa perlu mendaftar di tadika anda? Nyatakan
keistimewaan yang ditawarkan oleh tadika
anda, jenis program dan waktu pembelajaran.
Di bawah ini saya berikan contoh banner tadika saya, ianya
sekadar perkongsian dengan pengunjung setia blog ini. Semoga ia dapat membantu
anda mencari idea untuk mempromosikan tadika melalui banner / sepanduk dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment