Followers

Monday, 14 May 2012

Keburukan Pendedahan Video atau Televisyen Kepada Anak



Kurang Tahap Fokus
  • Suatu cerita tidak kira kartun atau apa-apa sahaja, ia mempunyai satu ciri yang sama. Satu-satu ‘scene’ itu tidak akan ditanyangkan lebih 30 saat. Atau dalam bahasa mudahnya, gambar sering berubah-ubah. Hal ini memberi kesan terhadap fokus anak. Anak tidak diajar untuk fokus pada satu gambar sahaja, akan tetapi pada gambar yang sering berubah-ubah.
  • Berbeza dengan aktiviti anak yang dilakukan selepas lahir. Menunjukkan kad yang mempunya satu titik hitam di tengah sahaja. Aktiviti ini mampu meningkatkan tahap fokus anak disamping merangsang perkembangan penglihatan anak.


Pelajaran yang Merosot
Begitu juga dalam kelas, apabila tahap fokus anak mula kurang, maka pelajarannya juga akan merosot. Malah anak lebih gemar menghafal lagu-lagu dan cerita-cerita yang ditayangkan di televisyen berbanding mata pelajarannya.

Obesiti
  • Hal ini banyak berlaku pada kanak-kanak di Negara luar. Di mana aktiviti menonton televisyen tidak langsung dikawal oleh ibu bapanya. Jadi, waktu makan, minum, tidur, semuanya di hadapan televisyen. Dan kanak-kanak begini kurang melakukan aktiviti fizikal lain. Malah ia memupuk sifat malas dalam diri anak.
  • Kajian yang dilakukan ini tidak semestinya berlaku kepada semua anak. Akan tetapi, jika anak kita masih lagi di peringkat kanak-kanak, lebih baik kita mendidiknya dari awal agar tidak terlalu bergantung kepada kartun atau cerita di televisyen sebagai alat memujuknya.
  • Televisyen sebenarnya mengganggu konsentrasi anak-anak dalam beraktiviti. Tidak kiralah apa aktiviti sekalipun, malah kadangkala, kita juga terganggu dengan kehadiran televisyen ini. Namun, saya tidak mengatakan ianya tidak bagus secara mutlak. Ada juga faedah dan kebaikannya, namun sebaiknya, kurangkanlah pendedahan televisyen ini kepada anak kecil.
  • Jika para ibu bapa berhasrat meninggalkannya sebentar samada untuk memasak, ke bilik air, bercakap telefon, atau apa sahaja, tinggalkan anak dengan permainan yang menarik di atas lantai. Ia jauh lebih baik jika sering dilakukan. InsyaAllah.


Moga beroleh manfaat daripada artikel ini.

Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment