Followers

Monday 14 May 2012

Panduan Memilih Tadika Untuk Anak



Periksa aspek pencapaian pelajar terdahulu
=>Bertanya tentang pencapaian anak kepada ibu bapa yang mempunyai anak samada baru enam tahun atau sudah menduduki darjah satu.
=>Bertanya langsung kepada pelajar tahun 1 di sekolah (kelebihan kepada guru sekolah) yang menduduki kelas pertama, cuma perlu tanya dia belajar di tadika mana sebelum ini. 

Dari situ, kita dapat tahu pelajar ini pernah ke tadika mana di kawasan tersebut.

Sikap guru
=>Guru yang mengajar tadika sepatutnya tidaklah terlalu garang supaya tidak merencatkan perkembangan anak kita kelak.
=>Tanya sendiri kepada ibu bapa atau anaknya tentang guru di sekolah. Biasanya, jika gurunya garang, memang anak-anak akan jawab cikgu garang. Jika gurunya tidak garang, biasanya anak tersebut akan jawab, cikgu baik, tak marah pun. Itu pengalaman saya ketika bertanya kepada kanak-kanak sekitar umur begini.

Sasaran ibu bapa dan perancangan untuk anak
=>Pemilihan tadika juga bergantung kepada aspek akademik (membaca, mengira), aspek hafalan al-Quran (termasuk bacaan dalam solat atau doa-doa), muzik, bahasa Inggeris dan sebagainya.
=>Ingat! Tidak semua tadika yang sempurna dalam semua aspek walaupun dalam promosi mereka, mereka menekankan keseluruhan aspek di atas.
Bagaimana meletakkan sasaran kepada anak? Ia terpulang kepada bagaimana cara ibu bapa berfikir.  Sebaiknya, lihatlah kepada kecenderungan atau kebolehan anak tersebut. =>Sekiranya anak anda sudah pandai membaca sekitar umur empat tahun, apa salahnya menekankan soal hafalan al-Quran atau muzik pula kepada anak. Tidak bermakna tadika yang menekankan satu-satu aspek akan mengabaikan aspek yang lain. Akan tetapi, kebiasaannya, apabila ia menekankan suatu aspek, sudah tentu terdapat kekurangan dalam aspek-aspek yang lain.

Pada pendapat saya, saya suka menekankan soal hafalan al-Quran kepada anak. Dalam masa yang sama ia tidaklah mengabaikan aspek akademik lain. Saya akui, tadika yang saya hantar sekarang bukanlah tadika yang popular. Akan tetapi, ramai ibu bapa yang mula tersedar bahawa anak-anak perlu ditekankan aspek kerohanian sebelum aspek-aspek lain. Apa yang saya dapati, terlalu ramai rayuan-rayuan akhir yang sukar ditolak oleh pemilik tadika tersebut.

Kewangan ibu bapa
=>Sudah tentu aspek ini tidak boleh ditinggalkan. Sebaiknya pilihlah tadika yang yurannya berpatutan dengan perkhidmatan dan pencapaian pelajarnya. Biasanya, yurannya tidak terlalu berbeza antara tadika-tadika di Malaysia.

Itu sahaja informasi yang saya sempat kongsikan. InsyaAllah kita akan bersua lagi dalam artikel akan datang. Ibu bapa di luar yang sudah menghantar anak ke tadika, cuba kongsikan pengalaman anda.

Sekian.



No comments:

Post a Comment