Followers

Monday 14 May 2012

Apa Itu Taska & Tadika? ...


Apakah Itu Taska?
TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Taska boleh didefinisikan sebagai "mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4 orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan menerima upah." TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apakah Itu Tadika?
Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak.Tadika boleh didefinasikan sebagai “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta. Oleh yang demikian semua hal berkaitan dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).

1 comment: