Followers

Monday 14 May 2012

Pengurusan tadika yang agak mengecewakan


Tarikh : 19 Mac 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pg – 10 pg



Pagi ni saya berada di Saujana Utama, Sungai Buloh. Saya dan rakan saya dua org iaitu Wan Rasyidah Othman dan Nurkhairunnisa Mohd Fuzi pergi ke satu tadika di kawasan  perumahan Saujana Utama. Tujuan kami pergi ke tadika itu kerana mahu menjalankan satu tugasan yang diberikan kepada kami. Dua tugasan yang diberikan adalah menanyakan kurikulum yang digunakan di tadika itu dan tugasan yang kedua adalah menjalankan satu permainan matematik kepada 5 orang kanak-kanak 5 atau 6 tahun. Kedatangan kami disambut oleh seorang guru yang menguruskan kanak-kanak disitu. Kami memberitahu kepadanya tujuan kami datang di tadika tu tetapi guru itu tidak berani memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan tugasan kami kerana pengurus tadika itu tidak berada di situ ketika itu. Guru tersebut memberi kami bercakap melalui telefon dan bercakap dengan pengurusnya tetapi malangnya pengurus memberi cadangan supaya kami datang di hari yang lain kerana mereka tidak bersedia. Saya merasakan pengurusan tadika di situ tidak friendly dan guru yang berada di tadika itu tidak cukup untuk mengawal bilangan kanak-kanak yang berada di tadika itu. Guru yang mengawal kanak-kanak itu tidak mengawal sepenuhnya kerana sibuk mengambil kanak-kanak 3 hingga 4 tahun daripada ibu bapa yang mengantar anak-anak mereka. Saya dan rakan mengambil keputusan untuk membuat tugasan kami di taska UPSI pada keesokan harinya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya gembira kerana tugasan yang diberi dapat diselesaikan.=)

No comments:

Post a Comment