Followers

Monday 14 May 2012

Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika


Pendaftaran
TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan TADIKA berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Persekitaran yang bersih dan selamat
Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan.

Lokasi
Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi.

Warna
Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Program & aktiviti yang berkualiti
Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak.

Insuran
Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanak- kanak di bawah jagaan mereka.

Fardu Ain @ Iqra'
Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra'.

Perkhidmatan Pengangkutan
Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih  digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka.

Promosi
Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes Taska & Tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan.

No comments:

Post a Comment