Followers

Tuesday 15 May 2012

Cara-cara mempromosikan Tadika

Hari ini saya akan berkongsi sedikit info cara-cara mempromosikan perniagaan tadika kepada rakan-rakan saya. Memandangkan kita sudah memasuki bulan-bulan mempromosikan tadika, maka amat penting sekali untuk kita mula mengambil langkah dan berusaha giat melakukan promosi / pengiklanan.
Anda boleh menggunakan cara-cara seperti berikut bagi mempromosikan tadika:-
  • phamplet / brosur
  • banner / bunting
  • name card / kad nama
  • menulis artikel pendek di akhbar atau majalah
  • signboard / papan tanda
  • website / laman web
  • hebahan di radio
  • sponsorship / penajaan
  • lain-lain

Jangan lupa meletakan maklumat penting tentang tadika anda seperti nama tadika, alamat, peta lokasi dan nombor talifon untuk membolehkan orang ramai menghubungi anda.
Selain dari itu, anda juga boleh meletakkan ‘ayat-ayat power’ seperti mengapa ibubapa perlu mendaftar di tadika anda? Nyatakan keistimewaan yang ditawarkan oleh tadika  anda, jenis program dan waktu pembelajaran.
Di bawah ini saya berikan contoh banner tadika saya, ianya sekadar perkongsian dengan pengunjung setia blog ini. Semoga ia dapat membantu anda mencari idea untuk mempromosikan tadika melalui banner / sepanduk  dengan lebih berkesan.




No comments:

Post a Comment