Periksa aspek pencapaian
pelajar terdahulu
=>Bertanya
tentang pencapaian anak kepada ibu bapa yang mempunyai anak samada baru enam
tahun atau sudah menduduki darjah satu.
=>Bertanya
langsung kepada pelajar tahun 1 di sekolah (kelebihan kepada guru sekolah) yang
menduduki kelas pertama, cuma perlu tanya dia belajar di tadika mana sebelum
ini.
Dari situ, kita dapat tahu pelajar ini pernah ke tadika mana di kawasan
tersebut.
Sikap guru
=>Guru
yang mengajar tadika sepatutnya tidaklah terlalu garang supaya tidak
merencatkan perkembangan anak kita kelak.
=>Tanya
sendiri kepada ibu bapa atau anaknya tentang guru di sekolah. Biasanya, jika
gurunya garang, memang anak-anak akan jawab cikgu garang. Jika gurunya tidak
garang, biasanya anak tersebut akan jawab, cikgu baik, tak marah pun. Itu
pengalaman saya ketika bertanya kepada kanak-kanak sekitar umur begini.
Sasaran ibu bapa dan
perancangan untuk anak
=>Pemilihan
tadika juga bergantung kepada aspek akademik (membaca, mengira), aspek hafalan
al-Quran (termasuk bacaan dalam solat atau doa-doa), muzik, bahasa Inggeris dan
sebagainya.
=>Ingat!
Tidak semua tadika yang sempurna dalam semua aspek walaupun dalam promosi
mereka, mereka menekankan keseluruhan aspek di atas.
Bagaimana
meletakkan sasaran kepada anak? Ia terpulang kepada bagaimana cara ibu bapa
berfikir. Sebaiknya, lihatlah kepada
kecenderungan atau kebolehan anak tersebut. =>Sekiranya anak anda sudah pandai
membaca sekitar umur empat tahun, apa salahnya menekankan soal hafalan al-Quran
atau muzik pula kepada anak. Tidak bermakna tadika yang menekankan satu-satu
aspek akan mengabaikan aspek yang lain. Akan tetapi, kebiasaannya, apabila ia
menekankan suatu aspek, sudah tentu terdapat kekurangan dalam aspek-aspek yang
lain.
Pada
pendapat saya, saya suka menekankan soal hafalan al-Quran kepada anak. Dalam
masa yang sama ia tidaklah mengabaikan aspek akademik lain. Saya akui, tadika
yang saya hantar sekarang bukanlah tadika yang popular. Akan tetapi, ramai ibu
bapa yang mula tersedar bahawa anak-anak perlu ditekankan aspek kerohanian
sebelum aspek-aspek lain. Apa yang saya dapati, terlalu ramai rayuan-rayuan
akhir yang sukar ditolak oleh pemilik tadika tersebut.
Kewangan ibu bapa
=>Sudah
tentu aspek ini tidak boleh ditinggalkan. Sebaiknya pilihlah tadika yang
yurannya berpatutan dengan perkhidmatan dan pencapaian pelajarnya. Biasanya,
yurannya tidak terlalu berbeza antara tadika-tadika di Malaysia.
Itu
sahaja informasi yang saya sempat kongsikan. InsyaAllah kita akan bersua lagi
dalam artikel akan datang. Ibu bapa di luar yang sudah menghantar anak ke
tadika, cuba kongsikan pengalaman anda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment